Entri Populer

Selasa, 27 Desember 2011

Mencari Sinar Dan Jati Diri Islami Di Kampus


Mencari Sinar Dan Jati Diri Islami Di Kampus

Dunia  kampus  hari  ini,  adalah  suatu  bentuk  alam  pendidikan  yang  begitu  ‘meriah’  dengan
pelbagai  macam  karenah  mahasiswanya  mengatur  langkah  menuju  masa  depan  masing-
masing. Ada yang benar-benar menumpu kepada studi yang hanya berdasarkan silibus yang
diberi.  Ada  juga  yang  sering  mengabaikan  tanggungjawab  studi  yang  diberikan  itu  dan
menggantikannya dengan hal-hal yang tidak berfaedah. Dan, ada juga yang menyeimbangkan
di  antara  studi  dengan  kerja-kerja  pencarian  ilmu  yang  lain  di  samping  ilmu  yang
sememangnya daripada silibus pengajian.
Di  dalam  perjalanan  hidup  yang  penuh  ujian  dan  cacamerba  ini,  hendaklah  kiranya  para
mahasiswa memanfaatkan masa remaja mereka untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang
termampu. Tidak hanya terhad kepada ilmu ekonomi, perbankkan, bahasa, sastera, sains dan
teknologi, bahkan ilmu yang paling asas yang menjadi prinsip kepada kehidupan kita iaitu ilmu
yang membina  agama  dan manhaj  kehidupan  insan  yang  sejahtera.  Yang mana  seterusnya
dengan ilmu itulah kita dipandu untuk beramal dengan ilmu-ilmu yang lainnya.
Masyarakat  mahasiswa  hari  ini  perlu  dicelikkan  semula  kepada  kepentingan  ilmu-ilmu  dan
amalan-amalan berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah yang sejahtera.  Ini kerana bukan sahaja
akhlak dan amalan sahih Islami yang semakin menghilang, malahan prinsip aqidah Islamiyah
juga semakin pudar dari dalam jiwa mahasiswa.

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui dengan
orang-orang  Yang  tidak  mengetahui?"  Sesungguhnya  orang-orang  yang  dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
(az-Zumar (39): 9)

Ini terbukti dari beberapa tinjauan saya terhadap rakan-rakan terdekat terhadap asas aqidah
Islami yang sejahtera.
Saya  pernah  bertanya,  “Eh,  benarkah  Allah  itu  wujud,  apa  buktinya?”  Saya  juga  pernah
mengutarakan  persoalan  Allah  di  mana.  “Jika  benar  Allah  itu  wujud,  di  manakah  Allah?”
Daripada  dua  soalan  ini  sahaja masih  ramai  yang  gagal menjawabnya  dan  ada  yang  hanya
menghentam sahaja untuk mengemukakan jawapan berdasarkan akal semata.
Lalu  terhasillah  bermacam  jawaban  yang  mengatakan  bahawa  ‘Allah  itu  berada  di  mana-
mana...’ Ada pula yang mengatakan ‘Allah  itu tidak bertempat’ dan sebagainya. Tidak kurang
ramai  juga  yang menjawab  dengan  kalimah  ‘tidak  tahu’  dan  ‘saya  tidak  pasti’.  Dan  hanya
beberapa individu sahaja yang mampu menjawab Allah itu di langit. Allah itu di ‘arsy dan Allah
itu  memiliki  kursi  dengan  menyertakan  beberapa  dalil  al-Qur’an  dan  hadis.  Selanjutnya,
bukankah fenomena ini amat menyedihkan sekali bagi kita yang memahami? Betapa rapuhnya
jati diri dan pemahaman asas kita dalam mengenali Rabbul ‘alamiin..
Daripada dua soalan itu sahaja, sudah membuktikan keadaan mereka kepada kita yang betapa
nipisnya asas  Islami mereka  dalam mengenali Allah. Tidak  hairanlah  jika  begitu  ramai  umat
Islam  diberitakan murtad  jika  asas  utama  dalam  bab  aqidah  ini  sahaja mereka  sudah  tidak
mampu  merungkaikannya.  Belum  lagi  ditanya  hakikat  pemahaman  rukun  iman  dan
sebagainya.
Tidak heranlah  jika dengan mudah  sahaja mereka mengabaikan amalan-amalan  islami yang
samaada  fardhu  ataupun  yang  sunat.  Lalu mudah-mudah  sahaja menggantikannya  dengan
amalan-amalan yang di  luar konteks  Islami. Mereka  tidak  lagi mengenali apa  itu peranan al-
Qur’an dan as-sunnah (hadis) dengan sempurna. Bahkan lebih malang, ada sebahagian kecil di
antara  kita  yang  hanya  mengenali  al-Qur’an  hanya  sebagai  bahan  bacaan  yang  untuk
dilagukan  lalu mengabaikan  apakah maksud  dan  tujuan  sebenar  penurunan  al-Qur’an  yang sebenarnya. Mereka melupakan bahawa al-Qur’an itu sebagai petunjuk atau manual kehidupan
insan. Bila ditanya pula apakah  itu hadis, mereka  tidak mampu menjawabnya.  Jadi, dengan
asas apakah mereka mendirikan jati diri dan amalan Islami sebenarnya? Islam bukanlah adat
dan  warisan.  Islam  itu  adalah  agama  dan  petunjuk  bagi  setiap  insan  yang wujud.  Ia  perlu
difahami dengan sebaik-baiknya bagi menjamin ketulenan amalan dan i’tiqad kita.

“(Al-Quran)  ini  ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta
pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” (Ali ‘Imran (3): 138)

Memang  logiklah  jika mereka mudah terikut-ikut dengan budaya dan fahaman-fahaman yang
menyeleweng  di  sekitar mereka. Mengagungkan  perkara-perkara  yang  jelas  sia-sia melebihi
menuju  kepada  mengingati  Allah  seterusnya  mentahidkan  Allah  berdasarkan  asas  yang
sebenar.  Inilah  sebenarnya  natijah  dan  akibat  daripada  pemahaman  Islam  yang  amat  cetek
dan diambil secara sambil lewa, lalu mengabaikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai landasan
penilaian hidup insani yang tulen.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku,  janganlah Engkau mempersekutukan Allah
(dengan  sesuatu  Yang  lain),  Sesungguhnya  perbuatan  syirik  itu  adalah  satu
kezaliman Yang besar". (al-Luqman (31): 13)

Selain  itu,  banyak  lagi  fenomena  yang membuatkan  kita  sedih melihat masyarakat  remaja
kampus mahupun di luar kampus dalam mengamalkan Islam.
Ini  jelas  terbukti  apabila  ada  di  kalangan  rakan-rakan  sekeliling meninggalkan  solat  subuh
hanya  kerana malas  hendak bangun  awal.  Lalu mudah-mudah  sahaja meng-qadhakannya di
luar waktu. Atau pun tidak kurang ramainya yang langsung terus meninggalkannya. Selain itu,
ada pula  yang dengan  begitu mudah menjadikan alasan menaiki bas  atau dalam perjalanan
jauh balik kampung atau sebagainya, memberi alasan bahawa tiada masa untuk menunaikan
solat  dan  tiada  tempat  untuk menunaikan  solat  kerana  berada  di  dalam  bas.  Inilah  dia  jika
asas Islami insan didrikan atas dasar kejahilan dan methode yang silap.
Ada  juga di antara mereka yang sanggup bermain permainan komputer game sehingga  jauh
malam  atau  sepanjang  hari. Mereka  lalai  dalam  permainan  sehingga meninggalkan perkara-
perkara  fardhu  Islami  yang mesti mereka  tunaikan  iaitu  solat.  Di  sini  kita melihat mereka
seolah-olah mengutamakan perkara yang lain itu sendiri berbanding mentaati Allah. Bukankah
ini adalah sebahagian daripada pencemaran aqidah yang jelas lagi gamblang (terang).

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah
(untuk  menjadi)  sekutu-sekutu  (Allah),  mereka  mencintainya,  (memuja  dan
mentaatinya)  sebagaimana  mereka  mencintai  Allah;  sedang  orang-orang  Yang
beriman  itu  lebih  cinta  (taat)  kepada  Allah.  dan  kalaulah  orang-orang  Yang
melakukan kezaliman (syirik)  itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari
akhirat  kelak,  Bahawa  Sesungguhnya  kekuatan  dan  kekuasaan  itu  semuanya
tertentu  bagi  Allah,  dan  Bahawa  Sesungguhnya  Allah  Maha  berat  azab  seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (al-Baqarah (2): 165)

Pemahaman mahasiswa seperti inilah yang amat perlu untuk ditangkis dan diperbetulkan oleh
semua pihak yang memahami. Mereka bukan sahaja bermasalah dalam persoalan ibadah dan
fiqh, malahan mereka  amat  bermasalah  dalam  perkara asas  aqidah  dan  prinsip  Islami  yang
sebenar.
Ini hanyalah menyentuh beberapa persoalan kecil dan asas dalam beragama (Islam), tidak lagi
menyentuh persoalan yang lain seperti pergaulan bebas, pendedahan ‘aurat, dan sebagainya.
Jika  asas  binaannya  sahaja  sudah  tidak  keruan, mana mungkin  bangunannya  boleh  berdiri
teguh dengan melaksanakan amal Islami yang sejahtera dari segala macam pencemaran!
Oleh itu, marilah kita sama-sama sebagai mahasiswa memupuk jiwa Islami dengan mendalami
Ilmu  agama  yang  sejahtera  yang  dianjurkan  di  mana  sahaja  ia  diadakan  selaras  dengan kemampuan  kita.  Bersama-sama  kita  berusaha mengenali  kandungan  al-Qur’an,  as-sunnah,
dan ijma’ para sahabat Rasulullah (salafus-soleh) dengan lebih baik lagi supaya kehidupan kita
sebagai  individu  atau  masyarakat  muslim  menjadi  lebih  jelas  dan  baik  selaras  dengan
pemahaman  yang  baik  yang  diterima.  Bersungguh-sungguhlah  dalam  mencari  ilmu  dan
banyak mengadakan perbincangan ilmiah bagi menilai mana yang terbaik dengan menjadikan
al-Qur’an, sunnah dan  ijma’ para sahabat  (salafus-soleh) sebagai asas dan  landasan manhaj 
dalam melakukan  penilaian.  Bukannya mantiq  dan  akal.  Perkiraan  baik  dan  buruk mestilah
dinilai dengan dalil naqli dan bukan-nya akal.
Bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab, seharusnya bertindak untuk memantau keadaan ini
dan  berusaha  mengambil  inisiatif  menyediakan  wadah  atau  tempat  untuk  para  mahasiswa
mendalami perihal Islam dengan lebih baik di sekitar kampus. Pendedahan dalam bentuk yang
kreatif  dan  berfakta  juga  perlu  diambil  kira  bagi menarik  generasi  kampus  berminat  untuk
kembali  kepada  asas-asas  Islam  yang  tulen.  Ini  adalah  bagi mengelakkan mereka  daripada
terjebak kepada agenda yang  lebih berbahaya oleh pelbagai pihak di  luar sana. Mereka perlu
diberi pemahaman  yang  tulen berkenaan  hakikat  Islam. Agar mereka mampu menilai  setiap
permasalahan  baik  dan buruk  yang  tertuju  kepada mereka  kelak.  Ini  adalah  kerana mereka
merupakan kesinambungan generasi yang lebih Hadhari di masa hadapan.

“Dan  sememangnya  tidaklah  sama  orang  Yang  buta  dan  orang  Yang melihat,  dan
juga  tidaklah  sama  orang-orang  Yang  beriman  serta  beramal  soleh  dengan  orang
Yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat
kamu beringat dan insaf.” (al-Mu’min (40): 58)

“(Al-Quran)  ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi  ingat dan diberi
nasihat  dengannya;  dan  supaya  mereka  mengetahui  (dengan  hujjah-hujjah  Yang
tersebut di dalamnya) Bahawa Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan
supaya  orang-orang  Yang mempunyai  fikiran,  beringat  dan  insaf.”  (Ibrahim  (14):
52)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah  itu contoh  ikutan Yang
baik,  Iaitu bagi orang Yang  sentiasa mengharapkan  (keredaan) Allah dan  (balasan
baik)  hari  akhirat,  serta  ia  pula  menyebut  dan  mengingati  Allah  banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzaab (33): 21)

2 komentar:

  1. Coin Casino | Gambling on CasinoChina
    With our online casino you can choose between playing real money casino 바카라사이트 games. Our mobile site is secure and is 100% reliable,  코인카지노 Rating: 4.4 · ‎10 votes happyluke

    BalasHapus